01 March 2016

Terapi untuk Umar

I received many kind words after i posted about umar. Thank you family dan kawan-kawan, yang bagi semangat kat saya. Saya okay je :)

And some people also suggested to get umar diagnosed properly. To be diagnosed means to get the report saying that umar is autistic or not. Hm. Actually memang ada pergi wq park untuk assessment, tapi dalam report tu takde pun cakap umar confirm autism but he needs therapy. Saya dah malas buang masa untuk diagnosis semata-mata, at the end of the day, i know umar needs therapy. So i follow what my heart says.

Sekarang umar still under therapy. Ceritanya bermula bila saya google pasal therapist yang boleh datang rumah, pastu terjumpa la blog sorang ni.

Saya google dan jumpa contact number di LinkedIn. Saya terus call, buat appointment dan payment, lusa terus orang ni datang.

Maybe ada yang kenal. Namanya Pn. Hajah Normadiah Abdul Ghani. She is an integrative learning disability and mental health therapist. Experience, 25 years. Saya sebenarnya memang ragu-ragu. Saya takut kena tipu, bayar mahal-mahal rupanya orang ni tak wujud, atau sebenarnya servis tak bagus. Tapi saya berserah pada Allah saje. Dalam hati saya cuma mahu umar sembuh, dalam masa yang sama saya tak sempat nak korbankan waktu kerja saya dan husband untuk terapi umar. Macam tu la dilema orang makan gaji.

Haritu Isnin, kebetulan boss tak ada di office, saya ambik time off dan jemput Umar di sekolah dan Hajah pun datang dalam pukul 11.30 pagi.

Hajah perhatikan umar dan test panggil-panggil umar, memang umar tak menyahut dan buat tak tahu dan takde respon. Hajah keluarkan suara besar dan kuat, baru umar mula bagi perhatian.

First session ni, hajah banyak perhatikan umar dan brainstorm dengan saya, mother in law dan juga penjaga-penjaga umar yang lain untuk tahu background dan behavior umar sepanjang 3 tahun 3 bulan ni. Lepas brainstorm, hajah sikat kulit kepala dan berus badan umar, (guna peralatan yang hajah bawa). Umar kadang-kadang kurang sensory, sikat dan berus tu bertujuan nak activate sensory badan umar. Saya memang selalu perhatikan umar jarang cakap sakit. Atau kalau sakit, dia akan beritahu "sakit..", minta saya gosok atau tiup, then dia sambung main. Kadang-kadang sampai berdarah pun umar tak nangis. Saya tak tahu dia kurang deria atau dia memang tak sakit. Hajah ada cakap umar tak ada feeling sangat.

Masa saya pergi jumpa paed dulu, doktor ada cakap dia suspek umar is autistic with speech delay dan adhd (hyperactive), tapi hajah kata dia tak boleh cakap umar hyperactive sebab pemakanan umar pun tak betul lagi.

Umar memang hanya minum susu coklat, roti coklat, kek coklat... Dia memilih makan yang amat, sejak umur dia setahun lebih. Dulu saya rajin memasak untuk umar masa dia kecik-kecik. Berselera sangat sampai dia bambam. Saya pun bersemangat nak cuba macam-macam menu baru. Lama-lama umar makin taknak makan. Saya kering idea nak masak apa, suap apa yang saya makan pun dia tak mahu. Puas saya paksa. Orang kata jangan bagi susu, nanti lapar dia makan la nasi. I tried. Tapi makin teruk umar buat hal. Macam orang kelaparan tapi tak mintak susu sebab bila mintak saya tak kasi. So dia nangis dan buat akal je. Saya give up dan tak sampai hati. Saya pun biarkan saje dia minum susu sepanjang hari, kadang sampai 8 or 9 botol, 8oz each. 

Obviously umar had too much sugar from his milk (pediasure coklat), dan segala coklat yang umar suka. Umar taknak makan nasi or benda keras-keras sebab according to hajah, budak macam umar dia punya jaw ketat dan saluran tekak sempit, nak makan pun adalah satu kesukaran bagi dia, so dia give up je. Hmm. Kan elok kalau saya boleh baca fikiran umar. Apalah umar fikir bila saya sua makanan depan muka dia. Macam-macam dah pujuk. Tapi umar cuma stare dan seolah-olah berfikir tengok makanan tu sebelum dia pejam mata, lari, or menangis bila saya paksa makan :( saya fikir umar memilih makan sebab saya punya genetik jugak. Saya akui memang saya memilih makan.

So hajah suggest umar bertukar ke susu ilham. Susu lembu daripada new zealand. Saya beli susu ni untuk cuba. Memang dah agak umar taknak. Nampak je susu putih dah reject. Daripada pagi sampai ke petang dia tak minum susu hari tu. Tapi Alhamdulillah lepas saya balik keje, saya campur sikit susu ilham dengan pediasure dia, ada warna coklat sikit-sikit tu umar minum je. 

Itulah sekali je saya tengok umar punya terapi. Sekarang dah 6 kali terapi, saya tak nampak significant changes lagi tapi daripada feedback hajah, umar is doing good. Nak dengar arahan, dah boleh sit down buat keje sampai sejam. Malam-malam saya test panggil nama umar. Umar semakin cepat respon (tapi suara still kena kuat), tapi eye contact masih kurang. Hopefully one day umar akan seperti orang lain. Special kids selalunya adalah ujian untuk ibu bapa dan orang sekeliling. Untuk menguji kesabaran, keimanan. Cuma saya harap orang sekeliling pun faham and not comparing umar with other kids too much. Terapi ni akan ambil masa. Saya kena sabar dan banyak-banyak sabar, di samping berdoa.

Umar baik, tak degil, cuma kadang-kadang dia cranky sebab dia kelaparan (tapi taknak makan), lagi-lagi dah ada adik. Selalu dia paksa jugak saya buat susu walaupun abi dia selalu volunteer nak buatkan susu. Kalau saya ada, dia akan nangis kalau orang lain buatkan susu. Dia akan mintak botol yang orang tu pegang, siap usung tin susu depan saya sebab nak saya jugak yang buat. Gigih betul. Uzair terpaksa lah beralah, berhenti jap minum susu.

Saya akan share apa-apa perubahan positif pada umar, inshaAllah. Saya tahu kat luar sana ramai anak-anak macam umar. Mana lah tahu kut-kut orang terjumpa blog ni dan nak contact hajah jugak. Semoga Allah permudahkan segala urusan saya dan family untuk bimbing umar ke arah yang benar. Hehe.

Hati seorang ibu, semua ibu mahukan yang terbaik untuk anaknya, tak kira lah apa pun orang judge macam mana kita jaga anak kita tu. Hmm.

Ok byeeee :)

3 comments:

  1. aimi suka ayat last. "Hati seorang ibu, semua ibu mahukan yang terbaik untuk anaknya, tak kira lah apa pun orang judge macam mana kita jaga anak kita tu."

    doa aimi semoga nadia diberi kekuatan. jangan lihat apa yang kurang pada anak kita sebagai kelemahan dia. mungkin itu boleh jadi kelebihan pada dia dan pada kita as parents.

    ReplyDelete
  2. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  3. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete